saper aku

My photo
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Sensasi

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. Sejauh manakah kebenaran ni semua? Mari sama-sama kita buat kajian teradap pasangan wanita masing-masing untuk mengetahui rahsia petua ini.

1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. “Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. “Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.

3) Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. “Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.

4) Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. “Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. “Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.

5) Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

6) Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

Kebenarannya Hanya Anda Yang Tahu :P



                  ____________________________________



Tahniah Anuar Zain Dapat Anugerah Dari Oxford



KL, 6 JUN 2011Murai Batu amat gembira apabila diberitahu bahawa penyanyi kacak, Anuar Zain bakal menerima anugerah khas sempena pencapaiannya dalam bidang muzik dari Oxford Centre for Leadership (OXCEL) pada Majlis Anugerah Oxford di London pada hari ini.
Tahniah Murai Batu ucapkan kepada Anuar Zain atas pencapaian tersebut. Lebih-lebih lagi selepas 28 tahun berkecimpung dalam bidang seni. Tak silap Murai Batu, pelantun lagu Lelaki Ini menerima anugerah itu berikutan pencapaiannya dalam bidang muzik sejak dari awal pembabitannya sebagai anak seni lagi.
Bukan Murai Batu sahaja terkejut bahkan Anuar Zain juga turut terkejut dengan anugerah khas yang diterima itu. Malah, Anuar khabarnya bersyukur sangat serta menganggap anugerah tersebut sebagai satu pengiktirafan yang tidak ternilai harganya. Meskipun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi namun masih ada pihak yang mengiktiraf sumbangannya.
Tidak silap Murai Batu kira-kira empat tahun lalu, salah seorang anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim, pernah juga dipilih oleh OCXEL sebagai penerima Anugerah Kreativiti Muda pada Majlis Anugerah Oxford kali kedua.
Apa pun Murai Batu harap, kejayaan Anuar Zain dan Yusry ini mampu membakar semangat buat artis-artis yang sedia ada untuk berjaya dalam bidang seni. Bukan hanya mahu menjaja kisah peribadi mahu pun mencetuskan kontroversi, sebaliknya tetapkanlah visi dan misi dalam diri untuk berjaya.

                                    ________________________________________





Pengacara popular, Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun 2011 lalu menganggap kehadiran puterinya itu sebagai satu kebesaran Tuhan yang tidak ternilai buat dirinya.Tentang pemilihan nama Zahrah pula, kata Jimmy Shanley, nama tersebut merupakan gabungan nama arwah ibunya Azizah dan ibu mertuanya, Muniroh.Tambah Jimmy lagi, selepas ini, dia memohon, tidak akan akan pihak yang akan bertanyakan tentang perihal isteri dan rumahtangganya.
"Lepas ni, jangan tanya lagi pasal soal isteri dan rumahtangga saya lagi ya. Lepas ni, semuanya pasal anak saya saja," katanya dengan mesra.
Jimmy dan isterinya, Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010. Pada 8 Mac 2011 yang lalu, Jimmy telah memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.