saper aku

My photo
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Saturday, August 20, 2011

sayu

salam
hari ni malam ke 20 kita berpuasa, tinggal 8 hari aja lagi nk menjelang syawal... aku persiapan untuk raya 1 apa pon xbuat,, xpe lakan,... semua tu xpntg yang penting amal kita dibulan ramadhan nih,, sebut jek nk menjelang syawal hati kecil aku ni sayu sangat bila terkenangkan org yg da pergi jauh dari aku, ayah,nenek,mak anjang, atok,sepupu,pakcik dan ramai lagi...paling ketara aku terlalu rindukan arwah ayah aku... Ya Allah kuatkan lah hambamu yang lemah ini..... hanya kau saja yang dapat merasai apa yang hambamu rasakan ketika ini, disaat orang bersalaman dipagi raya,berjalan bersama ayah aku hanya dapat melihat dan tumpang gembira,,sayu ati ni aku simpan dan buang jauh2... semoga aku kuat mengahadapi liku kehidupan aku,.... pada semua yang bace blog aku ni sempena syawal xlama lagi nk tiba aku nak mohon maaf jika ada salah dan silap selama ini,... semoga syawal ni lebih bermakna buat kita semua... insyaAllah..

Friday, August 12, 2011

aku~~

ermm aku pon xtahu apa yang aku ingin luahkan sebenarnya,,sekarang ini hubungan aku dan rakan2 aku,.sudah tidak seperti dulu,masing2 buat hal masing2,kenapa ya?? erm kadang2 bila diingatkan balik sakit hati tgk perangai die org ni, nk tgur puas da tegur tapi xmasuk otak, bila aku yang buat perangai bukan main lagi cakap sana sini... aku tahu aku bukan baek bukan alim, tapi aku cuma nk tegur sebagai seorang kawan seorang sahabat sebab aku xnk kawan2 aku terluka dek kerana "j" .... ermm tapi mereka xfaham apa sebenarnya yang aku ingin sampaikan.. aku tahu die nk perhatian tapi jgn la main2kan perasaan org.. cuba kalo ko ditmpt die skrg apa ko rasa?? kerana ini hubugan sahabat renggang, tapi xpe lah.. aku xrugi apa2 aku sebagai kawan yang rasa banyak pengalaman hanya mampu memberi nasihat, aku da jalankan tugas aku sebagai seorang kawan. terpulang pada ko nk ikut @ tdak aku xnk ko dipermainkan lagi untuk sekian kalinya,,, bukan ko xpernah berlaku macm ni da lebih 2 kali dan ko nk jadi kali ke 5 baru nk sedar ke?? hummmmmmmm kenapa aku selalu ingin jaga hal kawan2 aku, sedangkan mereka tidak fikir pasal aku.. dah lah jgn fikir pasal org (aku xlh biar kan aku pasti aku membantu kenapa ya)..

ini tabiat buruk aku !!!!!!!!
): xsuka la xsuka la......

syukur..

alhamdulilah...
mungkin ada lagikah rezeki aku untuk PB wanita? aritu cuma pangilan untuk pengenalan diri PB Lelaki wanita belum dipanggil lagi... moga ada lah rezeki aku dan rakan aku insyaAllah~~

Friday, August 5, 2011

masih ada rezeki untuk aku

hari ini jumaat 5/8/2011
hari yang aku rasa serba xkena,xselesa,rimas,hati xrasa tenang berdebar hingga ke malam... rupanya kawan aku yang sama2 jalani temuduga "Polis Bantuan Felda" bagi tahu yang rakan (lelaki) sudah terima pangilan talefon bahawa 9.8.2011 diminta datang untuk sesi ke-2 temuduga polis bantuan felda.... hati aku bagai kecewa,,yang tadi nya jantung berdebar kini sudah tersentap dan menjadi hiba....Ya Allah masih adakah rezeki aku untuk Menjawat dan memakai seragam ini..... masihkah ada untuk hari esok pangilan itu untuk aku dan rakan aku ini.... engkau sahaja yang mengetahui apa yang kami rasanya sekarang.... moga ada berita baik untuk aku dan kawan aku esok (sabtu 6.8.2011) insyaAllah

mode: tenanglah hatiku... kalo ini sudah tertulis rezeki milik aku akan ada berita baik untuk aku....

Wednesday, August 3, 2011

salam ramadhan

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
hari ini hari ke-3 umat islam menjalani ibadah puasa,mungkin tidak terlewat la nk ucapkan salam ramadhan kepada semua kawan2 yg selalu bertandang ke blogger saya ni.... ramadhan penuh dengan barokah, penuh dengan kesabaran,kesyuran dan yang paling best eratkan silaturrahim diantara satu sama lain,...3 hari sebelum umat islam menunaikan ibadat puasa (jumaat) saya dan keluarga telah kehilangan seorang insan yang penuh kasih sayang dan ambil berat tentang cucunya... Arwah Hj Salleh Bin Othman telah meninggal dunia selepas menunaikan solat magrib jam 7.40 pm(jumaat), semoga rohnya dicucuri rahmat...dan mendapat keredaan daripadaNya insyaAllah....


Waalaikumussalam ~ وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ