saper aku

My photo
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Monday, June 27, 2011

Hanya Senyuman yang mampu aku ukirkan



Alhamdulilah..
setiap apa yang diusahakan dengan keikhlasan pasti ada ganjaran,, aktiviti setiap hujung minggu aku da berakhir,,skrg cmfm bosan la dok rumah hujung minggu, nak keluar ke bandar tu jarang sekali la aku nih,kalo xder hal yang aku nk selesaikan... ^_* huhuhuhuh aku nak ucapkan terima kasih apa Kak Gee ( Pengurus Belia Air Merah) coz da bagi aku peluang untuk belajar Movie Maker n Frontpage dan x lupa jugak pada Kak Lin ( wakil dari Pejabat Belia dan Sukan) yang beri peluang pada kami2 belia Mersing untuk ikuti Program tidak formal ni...
pada pengajar Kak Liza dan Abg Faizal serta tuan tanah Kak Rina kalo x cmfm la kami ni duduk kat lantai je,, hihih nasib lah kak rina ni baek hati bagi kami duduk kat kerusi empok,ada penghawa dingin lagi tu....Pada 25. jun 2011 kita org diminta datg di Mahir It Centre untuk upacara penyampaian sijil pd semua peserta dan hadiah pada peserta yang cemerlang, aku mmg xsangka boleh dapat anugerah tu,tapi macam aku cakapkan pada awal-awal td "setiap yang diusahakan dgn ikhlas pasti ada ganjaran" syukur aku yang dapat hadiah tu,, walupon bukan 2-2 hadiah aku dapat tp aku bertuah sebab pengajar kat situ bgth aku adalah yang terbaek dari semua peserta.... kalo hadiah tu aku dapat 2-2 sekali pasti mereka ingat dan fikir bukan2 kan kan kan... hihihi tapi aku xkisah yang pasti aku akan buat sebaek mungkin untuk kepuasan diri aku,sebab aku mmg suka +++ gila IT hihihi walupon aku xpernah tahu pasal benda ni semua,..
keinginan ingin tahu lebih mmg selalu ada dalam diri aku...walaupon xpandai tapi kita cuba,cuba sampai kita boleh,,bukan senang nak dapat semua ni dengan percuma tanpa keluarkan sesen pon.... nanti aku masuk gambar-gambar kenangan aku dan peserta lain.. pada MizzTyqa thanks ya sudi terima ajakan aku untuk ikut program nih.. n anak buah aku Ika thanks ya coz ikut serta program ni walupon makcu th kamu tengah bz ngn form 6 kamu tu... simpanlah memori ini untuk ingatan dan kenangan bersama~terima kasih semua~

Wednesday, June 22, 2011

why i still loving u!


kenapa kita masih sayangkan dia, walaupon die
telah tinggalkan kita?
kenapa kita masih sayangkan die, walaupon die dah buangkan kita dalam hidupnya?
kenapa kita masih lagi sayangkan die, walaupon die telah hancurkan hati kita?
kenapakah kita masih sayangkan die,walaupon die permainkan cinta kita?
kenapa kita masih lagi sayangkan die walupon die...... ermmm

nape ko still syg die, walaupon die dah pijak cinta ko?
nape ko still syg die, walaupon die runtuhkan mahligai ko?
nape ko still syg die, walaupon die pergi tanpa belas?
nape ko still syg die, walaupon ko menangis die pandang ko penuh benci?
nape ko still syg die, walaupon die x pernah fikir ssh ko?
NAPER? NAPER? naper ko still sayg die??!!!

sebab~~
bila die tinggal aku.. aku sedar kelemahan diri aku
punca dia pergi....
bila die buang aku.. aku makin dekat dengan Allah
dan aku tahu ujian utk aku baiki diri, bukan merosakkan diri aku dgn kebencian
bila dia hancurkan hari aku.. aku teringat betapa banyak hati dia aku hancurkan...

tanpa aku sedari~~
bila die pijak cinta aku.. aku tahu cinta itu da lamae x berkembang da bila x dibaja,.
bila di pijak baru aku tercungap untuk bernafas,
dan cuba bangun untuk kembang semula...


bila die runtuhkan mahligai aku.. saat itu iahanya mahligai kaca yg pudar sinarnya
hanya tiang cinta yang buat ia terus berdiri...

bila die pergi tanpa belas.~~
aku kenal die. aku th die berperang dengan diri die sendiri
mencari kekuatan untuk berlalu

bila die pandang aku penuh dengan benci..
itu kerana die terlalu sayangkan aku,
walaupon die cuba menafikanya..

bila dia tidak pernah fikir susah aku~~
sebenarnya die tidak pernah berhenti memikirkan aku walupon sesaat...

dan kerana itulah...
aku still sayang pada die..
dan mengharap peluang dari Allah untuk perbaiki segalanya..
dan aku berjanji,
walau sesaat aku tidak akan sia-siakan na... InsyaAllah

Stended procedure la...
bila kena tinggal..
Dia curang?
ada orang lain...
tetap sedeh sesangat...
menangis berkilo air mata mengalir..
semangat hilang..
jiwa mati..
mood kucar kacir..
hati x menentu...
fikiran celaru..
ni la antara simptom nye kan kan kan

then,
terbitlah rasa mencik gila..
marah!
geram!!
dendam!!!
mcm rasa ada kan...

tetapi~~
kalo dok sorang....
bila semua da lena tido...
mulalah jiwa kerinduan...
sob.. sob.. sob...
meleleh air mata?
kenapa u wat mcm ni pada i?
dan kenapa i still rindu u??

erm~~~
tapi,,,,
ada x kita fikir...
nape die pergi?
semua ni salah die?
sume die yg salah?? kan!
da dpt yg mantop! tip top... so pergi pada org lain..
kalo kita renungkan.. renung sedalamnya..
muhasabah diri..
jgn terkejut,
kalo kita ditemukan dengan orang yg salah
kelemahan kita...
then~
arghhh jgn salah kan diri sendiri ok?
tp perbetulkan kesilapan..
be a better person ^_^
thanks to God..
atas ujian ini...
INGAT!
setiap yang berlaku ada ikhmatnya...


The hardest part ^_^
buang rasa benci,marah,sakit hati,dendam kesumat, dan segalanya.
buang perasan bila, bila ingat die hati mula membara dgn amarah
kerna ingat
In order to be a better person
in oder to liver ur life happily
kita kena penuhkan diri dengan rasa CINTA, KASIH & SAYANG
pd semua
pd sekeliling
Learn To pemaaf
seperti mane kita ingin di maafkan..
Learn to smile
Learn to dance in the rain
then
kita akan nampak what a wonderful world we have!!
been there. done that.belip me Okey ^_^



Senyumanmu Masih Berharga


Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita...

Cita2 dan tujuan kita satu utk menuju ke penamat yg paling menggembirakan. Namun di dlm perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan dimiliki lain. Tetapi tak usahlah kecewa, walau hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi...

Dalam kehidupan kita ini sering kita beri pelbagai pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan. Seiring saja kita terasa ada kesilapan dlm mencari sesuatu yg diinginkan. Kadang2 kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan...


Mana mungkin kita dpt undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yg terbaik seolah kita mampu mengubanya. Mampu utk mencoraknya sesuai dgn kemahuan kita. Tidak percayakah kita pada Rukun Iman dan percaya pada Qada & Qadar...

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu. Kadang2 kesilapannya dlm memilih satu keputusan yg berat telah mengubah masa hidupnya. Kadang2 hanya kesilapan kecil sahaja telah merubah segala hidupnya. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu...
Yang mana kini, kita berdiri sekarang adalah dlm realiti. Bukan dlm bayang2 sendiri. Manusia yg takutkan realiti yg kini tempatnya berdiri umpama seorang yg tiada pegangan diri dlm mengejar impian...

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yg berlalu. Pasti ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui masa depan...
Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh. Namun apapun kesulitan tersebut hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahawa Allah menguji kita dgn sesuatu yg kita kerjakan dan fikirkan dlm hidup di dunia. Ini adalah kenyataan yg sangat penting yg seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun...

Hadapilah dgn senyuman. Walau di dlm masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang-kurangnya kita masih ada iman. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya. Kita hanya merancang. Tapi sebaik-baik perancang hanyalah Allah SWT...
Kadang2 kesakitan sangat tidak tertahan dan amat memaksa berpura2 mempamerkan satu wajah riang dan senyuman yg seolah iklas utk menyembunyikan perasaan yg pedih dan hancur. Siapalah yg tahu isi hati yg dilanda kekecewaan. Namun semua itu anyalah sementara dan mainan perasaan. Dan biarlah masa yg menghukumnya...

Hadapilah ia dengan senyuman kerana SENYUMANMU MASIH LAGI BERHARGA....

Tuesday, June 21, 2011

salam

atoii.. korang nak tahu x ari ni ada kes yg agak lucu tapi kalo x ditegah mesti dieorg ni wat lagi lagi dan lagi.. xserik2 meka ni semua atoiii ai... ada ke org tgh hujan ni semua dok rumah bahan cekek kedarah, buat peta daerah masing2..tapi ada jgk sekutu ni dok belakang umah aku curik buah kelapa + pisang + buah kuini ai.. hai budak xde kerja lain ke ko nak buat,rumah aku jgk jadi mangsa ko yek....yang lucunye cara meka ni btl2 mcm pencuri,terhendap2 tgk tuan rumah sedar agaknya...xsedar yg ayoh aku ni dok berdiri tegak sebelah meka hahahahah! siap bawak peralatan cukup tu der... pisau,parang (panjang tu kalah ayoh aku puya hahaahh) sabit pon die bawak pehhh dahsyat...




Monday, June 20, 2011

hari berganti hari

da berapa malam aku xleh nak lelapkan mata aku nih...entah kenapa laaaaa :(
so dari xder kerja baik aku update blog aku ^_^ hihihihih
skrg ni mcm-mcm cerita aku dgr, baru-baru ni "pak uda" dalm cerita
pi mai pi mai tang tu, telah kembali kke rahmatullah.. moga roh nya dicucuri rahmat
insyaAllah...
dan malam tadi majikan tempat kerja aku dikhabarkan masuk ke wad.
harap bos aku cepat sembuh dari penyakit dan sihat-sihat selalu.....
Ya Allah... pelbagai berita baik dan buruk aku dapat,moga semua hadapi dengan baik
dan cepat sembuh dari penyakit,dan salam takziah buat keluarga yang telah kehilangan
seseorang yang mereka sayang....

Sunday, June 19, 2011

Kursus anjuran Belia & Sukan

wahhhhh bulan jun ni agak kebizian jgk ya...
ramai orang kawen bulan nih... hehehe ^_^
tp xper la,, okey jugak boleh isi masa lapang dan terluang aku ni,.
bulan ni aku ikut kursus belaja computer " movie maker & frontpage"
wahhhh mmg menguji kesabaran aku,, mental pon main peranan yang kuat...
2 minggu pertama bulan jun aku belaja "movie maker"...
alhamdulilah aku dapat buat dengan jayanya ^_^
minggu ni dan minggu depan aku belaja "frontpage"
minggu ni amat dan teramat menguji mental dan fizikal aku.
arghhhhhhhhhhhhhhh........ pening naik fedup macam mana lah nk buat nih...
-_- tapi xperlah,, nak pandai kenalah belajar.. cayokkkkk pada kawan aku tyqa dan anak sedara aku ika dan semua peserta harap korang xstress yer... slow2 menapak akhirnya kejayaan milik anda... insyaallah...