saper aku

My photo
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Friday, December 16, 2011

kehidupan yang hakiki

Disember datang lagi, bulan yang penuh cabaran buat hamda yang hina, hari demi hari aku sentiasa lakukan yang terbaik buat aku dan family aku, biar pon org kata aku ni pelbagai,.. aku terima semuanya dengan hati yang terbuka.Hanya aku sahaja tahu apa n kenapa aku lakukan itu.

Jangan nk cari salah orang tapi diri sendiri pon sama juga, bukan orang nk cari salah kamu tp kamu dalam bidang berunit perlu ada displin, nk bergurau, nk caki maki orang berpadalah, orang tgk xsedaplah, bila orang tegur bukan bermakna org xsuka @ org marah tp org tgur untuk kebaikan..

Sampai menyampai perkara biasa, kalo xsuka knp ko sendiri lakukan?nak ckp nk sound org tp ko sendiri buat?... aku pon xth apa yg ko xpuas hati sampai orang yg rapat dgn die pon ko nk sound,. ko th ke btl ke berita yg ko terima pasal sampai menyampai tu?. salah org nmpk salah sendiri tutuplah dgn berita sampai menyampai tu kan,.

itulah manusia kalo da bagi rasa jadi ketua tp nk disanjung macam ko lebih berkuasa,. patut pon TUN MAHATHIR kata MELAYU MUDAH LUPA,. mmg benar pon kata2 tu,... payah lah jgn la nk lebih2 bila org da bg kepercayaan, mulut tu coverlah sikit, orang pon ada hati dan perasaan...
ko nk sound org, ko nk ckp org mcm tu org xde kesah, tp bila org sound ckp pasal ko nk melenting.. pelik an kalo difikirkan... cara lah salah orang sebesar mana pon, kalo Allah maha adil die akan tunjuk an semua nya,.. :) semoga kau bahagia,puas, gembira dgn apa ko usahakan untuk memburuk an keadaan... thank

Thursday, November 24, 2011

stress

difficult, if just given the trust to be chief in a small unit, sometimes disgustedermmmmm makes the days so it is not fun to work: (It is not like the pressure of hissituation to haunt me ....

Monday, November 21, 2011

langit xselalu cerah

salam semua...
thanks sudi bace n selalu teman sy kt blog nih,... ermmm hati ni gunah gelana je rasa magrin xhilg2 apa kes pon xth rs minum necafe terlalu pekat kot,.. huhuhu APTB kalo da terminum an,terima aja la.. :) huhhhhhh skrg ni kj pon rs da xbest,, ada kes yg berat melibatkan jabatan. Mungkin kes ni bukan disengajakan tp entah la kan kalo org da ada tabiat buruk kita xleh nk cakap banyak. silap2 kita pulak yg dituduh. ermmmm

tapi bila da buat taik tu ssh pulak nk mengaku, mungkin btl jgk org dulo selalu kata " orang da berak tengah jalan, sapa nk ngaku" sama jgk la kes kt jabatan ni, tp kesian la pada yang jadi "kambing hitam" bukan dia yg lakukan tp kenapa die jadi mangsa keadaan. org yg bt ni mmg xde sifat kemanusiaan langsung an, pandai bt je tp tkt nk terima hukuman. xde hati n perasaan la kot.
ermmmm sabar n berhati2 lah dgn org mcm nih, sifat saling percaya antara 1 sama lain da pudar. so lps ni sendiri mau ingat la kalo org da xpercaya tu apa sbb nya.

skrg ni bt kj rs mcm ada yg memerhati,ada je silap kita org tgk,tp org lain bt ok je an, kita bt mula ada yg sound,mcm die btl sangt bt kj,, arghhhh dunia!! makin hari makin bosan dgn sikap manusia yg terlalu vodo ingat cari kesalahan org laen. shit yaw......

apa2 pon kita kena percaya pada diri kita,. selagi kita mampu kita bt sehabis mampu, cari pengalaman untuk diri kita sendiri insyaAllah Allah selalu bersama hambanya~ amin :)

Thursday, November 10, 2011

rezeki

alhamdulilah rezeki lepas raya,..
da dipanggil untuk berikhmat dan memberi ikhmat untuk mereka yang memerlukan,... :) so hari2 yg dilalui sungguh mencabar tp masih kuat untuk menerima segala cabaran.. :) CEkAP PANTAS BERINTERGRITI

up date jangan xupdate

assalamualaikum..
huhhhhh lama nye xupdate blog ni kan,.sory sagt bz la sejak 2menjak ni..Ni pon ada kelapangan sikit tu yg masuk kejap,nk luahkan perasaan hiih boleh x erk? :P

huhuh kerana FB je kot,..biasalah kan org lain berstatus pasti ada yg sebok untuk memberi pandangan so kalo rasa xnk org memberi pandangan @ mentafsirkan benda yang bukan2 rasa xperlukan kita update status yg kurang disenangai org lain n kita kelak...

ni masa berstatus caci maki orang xingat dunia,tp da cool pandai pulak nak tegakan benang yang basah,.. Manusia,,bila bercakap suka ikut nafsu dan sifat marah sendiri,xtoleh kiri kanan, bila da malu 1 Dunia tahu baru ko nk pulihkan keadaan,jangan salahkan KAMI yang suka sebok hal ko, tp kami hanya memberi pandangan pada persepsi yg berlanian sbb ko n &*& ko berfikir tidak sama dengan kami dan orang umum berfikir..... sebab salah faham sedikit dan ditambah cacian ko pada org yang ko pernah sayang dan sanjut abis orang lain kena tempias,..kenapa perlu marah kalo benda tu da berjadi?ko pon pernah perli,sound,mengata orang,.. Allah maha adil apa yang ko pernah bt dan lalukan pasti ada ganjaran ni baru sedikit,lepas ni banyak lagi cabaran ko perlu lalui,jagan jadi budak sagt,ko da dewasa....

ko xnk aib kan org lain,sedangkan ko mencaci maki org depan umum yg satu dunia boleh tengok dan bace tu bukan mengaibkan org?hidup jangan jadi MUNAFIK,walaupon aku bukan yang cerdik dalam pelajaran macam kau,tp aku celik untuk bersikap baek pada semua orang InsyaAllah. .

sapa yg xmarah kalo tengok kawan sendiri dicaci macam tu? bila ko caci orang xpe ye? bila orang caci ko, ko nk angin?? disini ko bolh tengok sendiri time ko alami keadaan yang mcm ni,mana kawan ko?yang backup ko hanya akak ko? tp sebalik orang yang ko mencaci tu,kawan die ada disekeliling die,saling membantu untuk bakcup walupon ahli keluarga die xbackup sbb mungkin die org xde FB. So aku rasa ko jagan jadi manusia yang ckp lebat sangt,..dan kalo ko xnk orang kepoh pasal ko, ko xpayah la berstatus yang bolh bt 1 Dunia tahu....

jangan ingat org akan suka kita selamanya,orang pon akan benci kalo kita berlebihan... so fikir-fikirkan la ye,.. sekian~

Saturday, August 20, 2011

sayu

salam
hari ni malam ke 20 kita berpuasa, tinggal 8 hari aja lagi nk menjelang syawal... aku persiapan untuk raya 1 apa pon xbuat,, xpe lakan,... semua tu xpntg yang penting amal kita dibulan ramadhan nih,, sebut jek nk menjelang syawal hati kecil aku ni sayu sangat bila terkenangkan org yg da pergi jauh dari aku, ayah,nenek,mak anjang, atok,sepupu,pakcik dan ramai lagi...paling ketara aku terlalu rindukan arwah ayah aku... Ya Allah kuatkan lah hambamu yang lemah ini..... hanya kau saja yang dapat merasai apa yang hambamu rasakan ketika ini, disaat orang bersalaman dipagi raya,berjalan bersama ayah aku hanya dapat melihat dan tumpang gembira,,sayu ati ni aku simpan dan buang jauh2... semoga aku kuat mengahadapi liku kehidupan aku,.... pada semua yang bace blog aku ni sempena syawal xlama lagi nk tiba aku nak mohon maaf jika ada salah dan silap selama ini,... semoga syawal ni lebih bermakna buat kita semua... insyaAllah..

Friday, August 12, 2011

aku~~

ermm aku pon xtahu apa yang aku ingin luahkan sebenarnya,,sekarang ini hubungan aku dan rakan2 aku,.sudah tidak seperti dulu,masing2 buat hal masing2,kenapa ya?? erm kadang2 bila diingatkan balik sakit hati tgk perangai die org ni, nk tgur puas da tegur tapi xmasuk otak, bila aku yang buat perangai bukan main lagi cakap sana sini... aku tahu aku bukan baek bukan alim, tapi aku cuma nk tegur sebagai seorang kawan seorang sahabat sebab aku xnk kawan2 aku terluka dek kerana "j" .... ermm tapi mereka xfaham apa sebenarnya yang aku ingin sampaikan.. aku tahu die nk perhatian tapi jgn la main2kan perasaan org.. cuba kalo ko ditmpt die skrg apa ko rasa?? kerana ini hubugan sahabat renggang, tapi xpe lah.. aku xrugi apa2 aku sebagai kawan yang rasa banyak pengalaman hanya mampu memberi nasihat, aku da jalankan tugas aku sebagai seorang kawan. terpulang pada ko nk ikut @ tdak aku xnk ko dipermainkan lagi untuk sekian kalinya,,, bukan ko xpernah berlaku macm ni da lebih 2 kali dan ko nk jadi kali ke 5 baru nk sedar ke?? hummmmmmmm kenapa aku selalu ingin jaga hal kawan2 aku, sedangkan mereka tidak fikir pasal aku.. dah lah jgn fikir pasal org (aku xlh biar kan aku pasti aku membantu kenapa ya)..

ini tabiat buruk aku !!!!!!!!
): xsuka la xsuka la......

syukur..

alhamdulilah...
mungkin ada lagikah rezeki aku untuk PB wanita? aritu cuma pangilan untuk pengenalan diri PB Lelaki wanita belum dipanggil lagi... moga ada lah rezeki aku dan rakan aku insyaAllah~~

Friday, August 5, 2011

masih ada rezeki untuk aku

hari ini jumaat 5/8/2011
hari yang aku rasa serba xkena,xselesa,rimas,hati xrasa tenang berdebar hingga ke malam... rupanya kawan aku yang sama2 jalani temuduga "Polis Bantuan Felda" bagi tahu yang rakan (lelaki) sudah terima pangilan talefon bahawa 9.8.2011 diminta datang untuk sesi ke-2 temuduga polis bantuan felda.... hati aku bagai kecewa,,yang tadi nya jantung berdebar kini sudah tersentap dan menjadi hiba....Ya Allah masih adakah rezeki aku untuk Menjawat dan memakai seragam ini..... masihkah ada untuk hari esok pangilan itu untuk aku dan rakan aku ini.... engkau sahaja yang mengetahui apa yang kami rasanya sekarang.... moga ada berita baik untuk aku dan kawan aku esok (sabtu 6.8.2011) insyaAllah

mode: tenanglah hatiku... kalo ini sudah tertulis rezeki milik aku akan ada berita baik untuk aku....

Wednesday, August 3, 2011

salam ramadhan

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
hari ini hari ke-3 umat islam menjalani ibadah puasa,mungkin tidak terlewat la nk ucapkan salam ramadhan kepada semua kawan2 yg selalu bertandang ke blogger saya ni.... ramadhan penuh dengan barokah, penuh dengan kesabaran,kesyuran dan yang paling best eratkan silaturrahim diantara satu sama lain,...3 hari sebelum umat islam menunaikan ibadat puasa (jumaat) saya dan keluarga telah kehilangan seorang insan yang penuh kasih sayang dan ambil berat tentang cucunya... Arwah Hj Salleh Bin Othman telah meninggal dunia selepas menunaikan solat magrib jam 7.40 pm(jumaat), semoga rohnya dicucuri rahmat...dan mendapat keredaan daripadaNya insyaAllah....


Waalaikumussalam ~ وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, July 27, 2011

~lelaki~

hari sabtu lepas 23/7/2011
aku dengan member aku (jun) pergi temuduga polis bantuan felda,.. huhhhhh semangat ni nk cuba harapan ada tp xder la sampai letak harapan tinggi pada temuguda ni,..dalam jam 05.00 am, aku da bagun untuk mandi dan bersiap untuk pergi tempat temuduga nih,jam 06.00am lepas solat subuh member aku datang rumah untuk ke distinasi yang nak dituju... huhuhuhu xletak harapan tp....... jantung kencang berdegup,,huhhhhhhh sampai tempat temuduga dalam jam 07.45 am,,. kita orang sarapan dulo sebelum nak masuk temuduga jam 08.00am.. haaaaaaaaaaa tunggu punya tunggu sekali jam 10.00am la sesi temuduga bermula ada perluang ni lelapkan mata... kihkihkih member aku pon mulakan sesi lelapkan mata,kesian die balik kerja tengah malam sebab member aku ni sukarelawan polis (SP),so mlm td die ada operasi best best..... ^_^dekat jam 09.30am kita org dipanggil untuk taklimat sikit dan sesi pendaftaran... huhhhhhhh lepas semua,, dalam jam 10.30am baru la pegawai (encik) yang ditugaskan untuk menilai kami semua sampai,huhhhhhhh lagi kencang jantung aku, time ni pulak perut rasa macam nk yak lah,cing lah.. adoi adoiiii tiba aktiviti yang dituggu iaitu
1) ukur ketinggian, 2) berat 3) lari 2.4 x 5 dalam masa bawah 15 min 4 ) push-up 5) pumpin 6) lompat jauh 7) lari 2miter bawah 10 min 8) check body + suara 9) ujian lisan.. cabaran ni semua Alhamdulilah aku dapat buat,hanya pihak yang menilai dapat menilai tahap kecergasan aku,..ini bab aku temuduga ada pulak sesi usha-usha berlaku, adoii ai aku ni mmg bukan jenis suka + pandai nk layan sagt,tp dek kerana dak laki ni pandai berbual, n banyak sangat pertanyaan aku jawap jek la, nk cerita bab dak ni pon aku mls tp xpe la,, aku cite jgk lah,, lepas sesi da abis kita org direhatkan selama 1 jam,untuk makan tengah hari,,dek kerana masa nk pergi ke padang kita org tumpang 2 org lelaki ni, mkn pon sekali la dgn die org nih... pas makan kita orang xbnyk ckp lah,penat cuma budak sorang ni jek asik dok bertanya aiiiya aku ni letih dok berlari die xpe la xlari sebab kena reject xcukup ketinggian,lepas siap makn kita org pergi tempat temuduga tu semula, jam da dekat 01.30 pm dalam masa ni sempat lak die nk usha aku, ermmmmm hilang idea aku nk jawap ujian lisan hahahhaha ada lak mcm tu jahat2, aku kata setakat kawan beribu pon xpe,die suka suki soud aku,eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee aku xsuka!! sampai ke hari ini la kita orang sms, call,, mlm td syok2 tgk bola kelantan vs MP Muar die leh sms ajak couple, budak laki ni xmatang serius pon aku ckp,.. nk bersayg2,nk manja2 dgn aku argh aku rasa die silap orang la.....


p/s : kerana laki ni hari2 aku blurr + makin bosan shit yawwww!!!
: semoga penilaian ke-2 aku dapat dan boleh la aku bertugas ^_^ aku minat pakai baju uniform semoga doa aku dimakburkan insyaAllah amin~~~

Monday, July 18, 2011

Trip to Kuala Lumpur

15.7.2011
ikut trip rombongan ke KL,best fun n enjoy hahahah mana x yer trip kali ni semua dgn makcik2 sekitar kg aku alala rombongan "cik kiah" hihih... hahaaha join jek la kalo da aktif sbg kakitangan belia kg ni kan semua org ajak g sana sini... mana xnyer rm 10 jek tambang hahahah grap jek la, dari duduk rumah kebosanan 24 online jek kan, korang pon naik muak tgk aku kt fb tu lallalalalala kali tmpt kita org pergi sekitar pelating stert, masjid india,sogo,n nilai 3... wah makcik2 shopping mcm nk berniaga da aku tgk.. kihkih aku xbeli apa2 pon, sekadar teman2 kan makcik nih aja.. ye la org kg xpernah g bnda besar,.. tp paling sporting abg driver tu la,ensem sagt sampai anak bauh aku terpikat + dok teringat kat abg tu aja.. hahahhaha die malu nk cite dgn aku mula2 nya,tp last2 die cite jgk.. kelakar lak aku dgr... biasalahkan lumrah manusia mempunyai perasaan pada org yg die suka @ minat.. aku? hahahaah mn lah hilang perasaan aku nih, aiyaaaaaaa... tp bila tgk org berpasangan timbul perasaan ***** bungaa2 hihihihihi saje nk tulis2 ^_^ semoga korang semua gembira ye dan tabah harungi liku2 kehidupan sebagai seorang anak

Tuesday, July 12, 2011

malam yang sepi

erm.... mlm ni rasa sunyi bunyi katak krokkk krokkkkkkkk... tiba-tiba jek aku teringatkan die,kenapa nih aku still xleh lupakan die!! akma!! die da bertunag akma! die da ada org lain akma!! wakeup akma!! argh!!! tolg la kenapa ssh sagt nk lupakan die?? apa istimewa die pada kau ha! shit!!!!!! time sepi aku selalu ingatkan die padahal aku dah lama jgk xegtkan die huhhhhhhhhhhh apa nk jadi kau ni akma! mby dulo selalu dan sentiasa ada dgn die time malam..balik kerja die ambik, lepas tu keluar makan, malam pon still dgn die,..erm... kenangan pergi la kau dgn bayang2 kau sekali tolang la jgn seksa aku mcm nih... aku pon ingin gembira aku pon ingin disayangi......

Monday, July 11, 2011

assalamualaikum...
huh ari ni penuh dgn dugaan untuk aku teruskan sisa hidup aku, hanya Allah yang mengetahui apa yang aku alami sekarang,walupon sukar tetapi aku redha dgn ketentuan hilani,,aku rasa sunyi bila masuk blog aku sendiri,selalu ada jek radio yang temankan aku,memberi aku ilham,dan ianya xsemanis macam aku inginkan..kenapa ye?... mungkin aku salah buat keputusan aku,.tapi inilah aku,biasalah buat keputusan bila tengah marah,.tapi aku xsalahkan sesiapa pon..mungkin ini yang terbaek,... sayu hati aku tapi xpe la orang buat kitakan,tapi orang still nak tegakkan benang yang basah,bila macam tu aku rasa nk marah sangat2 tapi kesabaran dan akal temani aku....biarkan die pergi bersama orang-orangnya..aku doakan mereka gembira,. maafkan aku kalo aku ada buat salah dan silap... terima kasih kerana terima diri aku dalam kumpulan itu.... salam

Monday, July 4, 2011

Hari berlalu pergi


tanggal 3 july
seperti biasa aku dan kawan baek aku "tyqa" berjalan ronda Kluang niat dihati nk tgk movie "rasuk""321 cinta" & "sekali lagi", tapi xder rezeki nk tgk "321 cinta" kite org tukar pada "kl Genster" pehhh mmg penuh nasihat yg cuba pengarah ingin sampaikan... semangat gile jam 7 am kita org da gerak ke Kluang,maklumlah naik bas kena la ikut bas nyer time.... hikhikhikhik sampai Kluang dalam jam 9.10am huhhuh jom sarapan dulu isi minyak kabo nk tunggu jam 11 am,nk tunggu pintu pagung bukak lambat lagi,..pas isi perut kita org gerak ke MBO Kluang,.. jalan2 cuci mata lagi pon nak belikan mak " sarung tilam" tgh sell gile-gile skrg ni baek beli untuk raya ^_^ hihihihi lepas tu kita org tgk jadual movie yg kita org nk tgk tu... syukur la ngam2 jek time movie dgn time bas kita org nak balik...lepas da tgk 2 movie kita org turun bawah jam 4 pm nk mencekek lak menu KFC aja... tu jek yang dekat bab jam 5.15pm kita org ada 1 movie lagi dan time tu balik la ke rumah masing2... huhhhhhhh tunggu bas 1 hal !!!! ada janji jam 8.45pm bas sampai kita org tunggu la awal takut kena tinggal tapi bas sampai 9.24 pm... hampe jek hati kalo th aku sambung tgk Bola Malaysia VS Taiwan.. perlawanan pertama jek aku sempat tgk,.. Perlawanan masa ke-2 aku xdapt tgk bab tkt kena tinggal bas... kecewa hati aku ngn driver bas nih,, tu la kan kalo ada kenderaan sendiri mesti bila2 jek leh tgk wayang,tapi sebulan sekali tgk wayang abiskan jek la masa kat situ... seharian hihih ^_^

Kenangan yang best bila dapt buat benda yang kita suka tanpa ganguan orang laen
Thanks Tyqa coz abiskan masa seharian dgn aku Lebieu dear...



Monday, June 27, 2011

Hanya Senyuman yang mampu aku ukirkan



Alhamdulilah..
setiap apa yang diusahakan dengan keikhlasan pasti ada ganjaran,, aktiviti setiap hujung minggu aku da berakhir,,skrg cmfm bosan la dok rumah hujung minggu, nak keluar ke bandar tu jarang sekali la aku nih,kalo xder hal yang aku nk selesaikan... ^_* huhuhuhuh aku nak ucapkan terima kasih apa Kak Gee ( Pengurus Belia Air Merah) coz da bagi aku peluang untuk belajar Movie Maker n Frontpage dan x lupa jugak pada Kak Lin ( wakil dari Pejabat Belia dan Sukan) yang beri peluang pada kami2 belia Mersing untuk ikuti Program tidak formal ni...
pada pengajar Kak Liza dan Abg Faizal serta tuan tanah Kak Rina kalo x cmfm la kami ni duduk kat lantai je,, hihih nasib lah kak rina ni baek hati bagi kami duduk kat kerusi empok,ada penghawa dingin lagi tu....Pada 25. jun 2011 kita org diminta datg di Mahir It Centre untuk upacara penyampaian sijil pd semua peserta dan hadiah pada peserta yang cemerlang, aku mmg xsangka boleh dapat anugerah tu,tapi macam aku cakapkan pada awal-awal td "setiap yang diusahakan dgn ikhlas pasti ada ganjaran" syukur aku yang dapat hadiah tu,, walupon bukan 2-2 hadiah aku dapat tp aku bertuah sebab pengajar kat situ bgth aku adalah yang terbaek dari semua peserta.... kalo hadiah tu aku dapat 2-2 sekali pasti mereka ingat dan fikir bukan2 kan kan kan... hihihi tapi aku xkisah yang pasti aku akan buat sebaek mungkin untuk kepuasan diri aku,sebab aku mmg suka +++ gila IT hihihi walupon aku xpernah tahu pasal benda ni semua,..
keinginan ingin tahu lebih mmg selalu ada dalam diri aku...walaupon xpandai tapi kita cuba,cuba sampai kita boleh,,bukan senang nak dapat semua ni dengan percuma tanpa keluarkan sesen pon.... nanti aku masuk gambar-gambar kenangan aku dan peserta lain.. pada MizzTyqa thanks ya sudi terima ajakan aku untuk ikut program nih.. n anak buah aku Ika thanks ya coz ikut serta program ni walupon makcu th kamu tengah bz ngn form 6 kamu tu... simpanlah memori ini untuk ingatan dan kenangan bersama~terima kasih semua~

Wednesday, June 22, 2011

why i still loving u!


kenapa kita masih sayangkan dia, walaupon die
telah tinggalkan kita?
kenapa kita masih sayangkan die, walaupon die dah buangkan kita dalam hidupnya?
kenapa kita masih lagi sayangkan die, walaupon die telah hancurkan hati kita?
kenapakah kita masih sayangkan die,walaupon die permainkan cinta kita?
kenapa kita masih lagi sayangkan die walupon die...... ermmm

nape ko still syg die, walaupon die dah pijak cinta ko?
nape ko still syg die, walaupon die runtuhkan mahligai ko?
nape ko still syg die, walaupon die pergi tanpa belas?
nape ko still syg die, walaupon ko menangis die pandang ko penuh benci?
nape ko still syg die, walaupon die x pernah fikir ssh ko?
NAPER? NAPER? naper ko still sayg die??!!!

sebab~~
bila die tinggal aku.. aku sedar kelemahan diri aku
punca dia pergi....
bila die buang aku.. aku makin dekat dengan Allah
dan aku tahu ujian utk aku baiki diri, bukan merosakkan diri aku dgn kebencian
bila dia hancurkan hari aku.. aku teringat betapa banyak hati dia aku hancurkan...

tanpa aku sedari~~
bila die pijak cinta aku.. aku tahu cinta itu da lamae x berkembang da bila x dibaja,.
bila di pijak baru aku tercungap untuk bernafas,
dan cuba bangun untuk kembang semula...


bila die runtuhkan mahligai aku.. saat itu iahanya mahligai kaca yg pudar sinarnya
hanya tiang cinta yang buat ia terus berdiri...

bila die pergi tanpa belas.~~
aku kenal die. aku th die berperang dengan diri die sendiri
mencari kekuatan untuk berlalu

bila die pandang aku penuh dengan benci..
itu kerana die terlalu sayangkan aku,
walaupon die cuba menafikanya..

bila dia tidak pernah fikir susah aku~~
sebenarnya die tidak pernah berhenti memikirkan aku walupon sesaat...

dan kerana itulah...
aku still sayang pada die..
dan mengharap peluang dari Allah untuk perbaiki segalanya..
dan aku berjanji,
walau sesaat aku tidak akan sia-siakan na... InsyaAllah

Stended procedure la...
bila kena tinggal..
Dia curang?
ada orang lain...
tetap sedeh sesangat...
menangis berkilo air mata mengalir..
semangat hilang..
jiwa mati..
mood kucar kacir..
hati x menentu...
fikiran celaru..
ni la antara simptom nye kan kan kan

then,
terbitlah rasa mencik gila..
marah!
geram!!
dendam!!!
mcm rasa ada kan...

tetapi~~
kalo dok sorang....
bila semua da lena tido...
mulalah jiwa kerinduan...
sob.. sob.. sob...
meleleh air mata?
kenapa u wat mcm ni pada i?
dan kenapa i still rindu u??

erm~~~
tapi,,,,
ada x kita fikir...
nape die pergi?
semua ni salah die?
sume die yg salah?? kan!
da dpt yg mantop! tip top... so pergi pada org lain..
kalo kita renungkan.. renung sedalamnya..
muhasabah diri..
jgn terkejut,
kalo kita ditemukan dengan orang yg salah
kelemahan kita...
then~
arghhh jgn salah kan diri sendiri ok?
tp perbetulkan kesilapan..
be a better person ^_^
thanks to God..
atas ujian ini...
INGAT!
setiap yang berlaku ada ikhmatnya...


The hardest part ^_^
buang rasa benci,marah,sakit hati,dendam kesumat, dan segalanya.
buang perasan bila, bila ingat die hati mula membara dgn amarah
kerna ingat
In order to be a better person
in oder to liver ur life happily
kita kena penuhkan diri dengan rasa CINTA, KASIH & SAYANG
pd semua
pd sekeliling
Learn To pemaaf
seperti mane kita ingin di maafkan..
Learn to smile
Learn to dance in the rain
then
kita akan nampak what a wonderful world we have!!
been there. done that.belip me Okey ^_^



Senyumanmu Masih Berharga


Hadapilah satu suratan atas sesuatu ke atas kita...

Cita2 dan tujuan kita satu utk menuju ke penamat yg paling menggembirakan. Namun di dlm perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan dimiliki lain. Tetapi tak usahlah kecewa, walau hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi...

Dalam kehidupan kita ini sering kita beri pelbagai pilihan untuk memilih sesuatu perjalanan kehidupan. Seiring saja kita terasa ada kesilapan dlm mencari sesuatu yg diinginkan. Kadang2 kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan...


Mana mungkin kita dpt undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yg terbaik seolah kita mampu mengubanya. Mampu utk mencoraknya sesuai dgn kemahuan kita. Tidak percayakah kita pada Rukun Iman dan percaya pada Qada & Qadar...

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu. Kadang2 kesilapannya dlm memilih satu keputusan yg berat telah mengubah masa hidupnya. Kadang2 hanya kesilapan kecil sahaja telah merubah segala hidupnya. Tak perlu aku bicarakan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu...
Yang mana kini, kita berdiri sekarang adalah dlm realiti. Bukan dlm bayang2 sendiri. Manusia yg takutkan realiti yg kini tempatnya berdiri umpama seorang yg tiada pegangan diri dlm mengejar impian...

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yg berlalu. Pasti ada hikmah yg tersembunyi di sebaliknya. Usah dikenang salah lama, dan terus menghantui masa depan...
Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh. Namun apapun kesulitan tersebut hendaklah ia berkeyakinan kepada Allah dan berfikir bahawa Allah menguji kita dgn sesuatu yg kita kerjakan dan fikirkan dlm hidup di dunia. Ini adalah kenyataan yg sangat penting yg seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun...

Hadapilah dgn senyuman. Walau di dlm masih tersirat derita atas suratan lalu, sekurang-kurangnya kita masih ada iman. Dan percaya yakinlah, kita hanyalah hambaNya. Kita hanya merancang. Tapi sebaik-baik perancang hanyalah Allah SWT...
Kadang2 kesakitan sangat tidak tertahan dan amat memaksa berpura2 mempamerkan satu wajah riang dan senyuman yg seolah iklas utk menyembunyikan perasaan yg pedih dan hancur. Siapalah yg tahu isi hati yg dilanda kekecewaan. Namun semua itu anyalah sementara dan mainan perasaan. Dan biarlah masa yg menghukumnya...

Hadapilah ia dengan senyuman kerana SENYUMANMU MASIH LAGI BERHARGA....

Tuesday, June 21, 2011

salam

atoii.. korang nak tahu x ari ni ada kes yg agak lucu tapi kalo x ditegah mesti dieorg ni wat lagi lagi dan lagi.. xserik2 meka ni semua atoiii ai... ada ke org tgh hujan ni semua dok rumah bahan cekek kedarah, buat peta daerah masing2..tapi ada jgk sekutu ni dok belakang umah aku curik buah kelapa + pisang + buah kuini ai.. hai budak xde kerja lain ke ko nak buat,rumah aku jgk jadi mangsa ko yek....yang lucunye cara meka ni btl2 mcm pencuri,terhendap2 tgk tuan rumah sedar agaknya...xsedar yg ayoh aku ni dok berdiri tegak sebelah meka hahahahah! siap bawak peralatan cukup tu der... pisau,parang (panjang tu kalah ayoh aku puya hahaahh) sabit pon die bawak pehhh dahsyat...




Monday, June 20, 2011

hari berganti hari

da berapa malam aku xleh nak lelapkan mata aku nih...entah kenapa laaaaa :(
so dari xder kerja baik aku update blog aku ^_^ hihihihih
skrg ni mcm-mcm cerita aku dgr, baru-baru ni "pak uda" dalm cerita
pi mai pi mai tang tu, telah kembali kke rahmatullah.. moga roh nya dicucuri rahmat
insyaAllah...
dan malam tadi majikan tempat kerja aku dikhabarkan masuk ke wad.
harap bos aku cepat sembuh dari penyakit dan sihat-sihat selalu.....
Ya Allah... pelbagai berita baik dan buruk aku dapat,moga semua hadapi dengan baik
dan cepat sembuh dari penyakit,dan salam takziah buat keluarga yang telah kehilangan
seseorang yang mereka sayang....

Sunday, June 19, 2011

Kursus anjuran Belia & Sukan

wahhhhh bulan jun ni agak kebizian jgk ya...
ramai orang kawen bulan nih... hehehe ^_^
tp xper la,, okey jugak boleh isi masa lapang dan terluang aku ni,.
bulan ni aku ikut kursus belaja computer " movie maker & frontpage"
wahhhh mmg menguji kesabaran aku,, mental pon main peranan yang kuat...
2 minggu pertama bulan jun aku belaja "movie maker"...
alhamdulilah aku dapat buat dengan jayanya ^_^
minggu ni dan minggu depan aku belaja "frontpage"
minggu ni amat dan teramat menguji mental dan fizikal aku.
arghhhhhhhhhhhhhhh........ pening naik fedup macam mana lah nk buat nih...
-_- tapi xperlah,, nak pandai kenalah belajar.. cayokkkkk pada kawan aku tyqa dan anak sedara aku ika dan semua peserta harap korang xstress yer... slow2 menapak akhirnya kejayaan milik anda... insyaallah...

Tuesday, March 1, 2011

Duit Duit n Duit

xder duit orang pasti pergi jauh dari kita kenapa yer? takut kita mintak??? tp bila kita senang.,ada duit orang datang pada kita n kita tolong xkira die susah mahupon senang pasti kita akan tolong semampu kita.... dugaan hidup makin hari makin mencabar.... makin hari makin penuh dengan kebencian dalam diri...bosan hidup mcm nih, bukan xbersyukur tapi xsangup nak hidup macam ni tekanan yang tinggi buatkan hari2 aku xceria., xseperti remaja diluar sekarang ni la berlumba2 kejar cite2 tapi aku?? duduk dibawah tempurung entah bila hendak pecah... tak ada sorg pon memahami hati aku,keinginan aku, yg mereka th aku ada so aku leh tgk2 an apa yg patt... so apa yg xptt sapa nk tgk???? dunia dunia dunia!!!! adil ke semua nak lepas tangan adil ker??? aku pon nk ada life!!!!

Dia bukan milik aku lagi

tarikh keramat 1.1.11 die telah tamankan zaman bujangnya dgn mengikat tali pertunangan alhmdulilah die sudah temu jodoh aku harap die gembira ke akhir zaman.... time mcm nilah teringat kisah aku dan die,jodoh dihalang oleh abg sendiri kerana abg aku rasa die bukan terbaik tok aku,aku terima,biarlah aku makan hati dan orang lain seng hati... hampir 2 tahun peristiwa ni berlalu tp dia ttp ada dalam hati aku,,Ya Allah kalau die bukan jodoh aku, bawaklah die pergi jauh2 dari kehidupan aku,,...Walaupon die sudah bertunang die still contact aku,tp dgn nasihat kawan2 aku jauhkan die dari die...kerana tkt bahaya yang akan datg... ...
"redhakan la die pergi dgn pasangn die"....

tabahlah hati.....

hari ni aku rasa xselesa....
mcm2 aku fikirkan bukan nak simpati tp ini cuma ukiran tok aku wat peringatan diri sendiri.. bukan nk malukan sapa2 tp setiap yg kita lalukan xsemua sempurna...
macam2 aku rasa skrg perit nye kehidupan kalo selalu ikutkan hati.. tp apa perlu aku buat? aku berserah pada takdir,kerana dia saje tahu sejauh mane kemampuan umatnya... kadang2 nk menangis nk luahkan tp xtahu pada siapa.. bila kenagkan org tua hati xsampai hati tok lukakan hati mereka,tp hati aku??kebebasan aku??sampai bila aku nk pendam semua ni??
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

kursus berjalan

18/19/20.2.11
aku banyak belajar erti susah nye nak jadi seorg yang berjawat dalam unit beruniform orang asik pandang serong aja.. tp xpe demi Negara demi Rakyat dan demi Malaysia aku ingin berbakti dan berjasa....
macam2 aku berlajar, erti displin,tepati masa,kecergasan,dan IQ... huhuh bagi yg slow kena la saling tolg menolong da nama 1 unit...saling bntu membantu...
tp aktiviti aku paling suka kawat kaki... :D best walaupon berpeluh tp aku rasa ni paling baek,die bolh pupuk semangat kerjasama,displin,peka bukan pekak, dan paling penting team work :)
mmg 3hari 2malam macam2 berlaku, hari pertama jek rasa nak balik...tp aku ttp nk teruskan azam tinggi alhmdulilah semuanya berjalan dgn baik...a khirnya dapt lah aku sepasang bj uniform (t-shirt) baru... seragam belum lagi... sebab pasni aku kena ikut pelbagai kursus lain lagi......
aku setia menunggu.....

berikhmat untuk negara!!!

:) aku dapt pergi kusus wahhhh gembira nyer rasa... rasa xsabar pon ada jgk bila la nk tiba 18 hb an,, ada masa seminggu lagi aku pon xkisah sagt tp rasa kena la jgk beli sikit2 barang die, kusus ni pon cuma 3 hari xla lama,tp aktiviti sampai ke mlm, n pakaian bj berkolar putih so bj berkolar aku xde bj xberkolar ada lah... nk @ x kena la beli 3,4, helai... n sua sukan, kasut sukan n makn sikit mn th mlm2 lapa... kusus ni mmg selalu mkn xheti tp saja bawak bekal... huhhhhh
mmg ada jgk la terasa dibekalkan dengan org tua aku RM100 tok beli bj,sua,kasut, n makanan, (rasa kecewa jgk pada mulanya) tp ni kehendak aku, aku pergi dan tambahan duit aku sendiri...
penantian yg aku tidak sabar (sebenarnya nk rest dok kt luar je) tarikh kusus sudah tiba,kali ni aku pergi naik moto saje.. ayah tiri aku anta...pada mula nya mak aku soh pergi sendiri (kecewa) tp nasib mak aku kata ayah aku anta....

Kerja Oh Kerja!

31.1.2011
aku dapt temuduga n taklimat kerja
semua berjalan lancar walupon pada mulanya xnk ikut temuduga tu..
maklumlah time hujan xder kenderaan yg bolh buat tok xkena hujan
tp semua da diselesaikan dgn bantuan akak ipar ku
"terima kasih" kak...
sampai saja tmpt tu lebih kurang25 min dari rumah....
aku rasa tkt,gemuruh,macm2 rasa ada...
tp alhmdulilah aku dpt ikuti kusus selanjutnya...
balik dari taklimat tu... kira da tgh hari jgk la...
singgah kat MB anak2 buah nk mkn,xpe lah aku belanja
kerana mereka jgk la aku sampai kt situ...
lps selesai semua balik rumah.. hujan lebat sangat.....
debaran makin terasa tok th bila n kat mn kusus aku dapt....
lambat pulak surat sampai ....
aku ttp akan tgu.. :)