saper aku

My photo
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Friday, July 20, 2012

ramadhan datang lagi

alhamdullilah.. syukur kehadrat hilahi dengan limpah dan kurnia nya aku bertemu kembali dengan ramadhan,dan semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat aku untuk aku simpan ke akhirat kelak, walaupon ramadhan ni aku cuba berpuasa bersama ayahanda (ayah tiri) aku bersyukur kerana ada lagi insan yang sudi temani aku,... rasa sayu ati bila kali ini ramadhan tanpa BONDA,aku harap BONDA sentiasa mendoa dan sentiasa disisi aku untuk aku teruskan kehidupan aku seharian,, pelbagai dugaan dan rintangan yang datang Alhamdullilah aku lawan dengan semangat dan hanya mendiamkan diri, aku tahu ada yang terlalu sakit hati dan hiri ati dengan aku,, biarpon aku sebegini, sedikitpon aku tidak menyusahkan orang lain,.. aku harap ramadhan kali ini memberi rezeki berlipat ganda buat aku.... Terima kasih kepada semua kawan dan sahabat yang memberi semangat buat aku,... malam ni kita da boleh niat PUASA,.. "sahaja aku berpuasa esok hari dibulan ramadhan tunai kerana ALLAH taala" alhamdulilah....

Thursday, June 14, 2012

tiada kata dapat ku ungkap

Alhamdulilah tomahan demi tomahan yang aku dapat, akhirnya baru aku tahu masih ada lagi abang2 dan akak aku yang bersama aku,. walaupon cacian membuat hati aku sedih, biar pon apa sahaja orang kata aku, aku hanya diam, diam bukan bermakna aku salah diam bukan bermakna aku benar, tapi setiap apa yang org kata pada aku, itu lah diri orang itu dia xnk mengaku pada diri die, kata la sepuas mana pon die nk ckp die da penat die diam la.... xperlu la nk cari kesalahan orang, lagi banyak kita bercakap lagi banyak kita tahu perangai orang tu fikir fikirkan lah... Malam semalam aku call semua abg2 aku untuk persetujuan malam kenduri nak buat BBQ,, alhamdulilah semua bagi lampu hijau dan ada yang nk bagi lebih, xde masalah pon... tapi kenapa die nk caci maki aku??aku xtahu sekarang siapa yang bodoh,.. akak dan abg aku semua xbagi kad dan buku orang lain pegang melainkan aku sendiri... moral of the story xperlu nk aib kan org lain, lambat laun ko sendiri akan terima keaiban lebih dari apa yang ko aib kan org, xperlu nk cerita bab faraid kalo ko sendiri xth, xperlu nk cakap aku xda hak kat rumah ni, kalo ko sendiri xpernah nk membantu keluarga sendiri, bila adik beradik dalam kesusahan ko ada nk tolong?? ko lagi nk caci maki org fikir ko sorang yang betul...aku da muak dengan sikap ko,.. rasa ko abg sulong ko da besar darjat? ko salah... aku nk tengok ko imam kan adik2 ko, baru aku percaya ko abg yang bagus....kalo ko nak soh aku dan orang dalam rumah ini keluar aku nk tengok xpayah cakap jek... sekian... insan yang tabah <3

Tuesday, June 12, 2012

Hari Yang Ke-50

cerita ni bt kan aku berfikir panjang... aku dapat panggilan telefon dari abg sulong aku,..aku rasa gembira kerana mungkin die nak bertanya khabar aku,.. tetapi...... aku silap, panggilan yang aku terima bukan khabar gembira tetapi khabar yang buat aku tidak abis fikir, kenapa kenapa dan kenapa? aku hanya menjadi pendengar pada malam tu, bertubi-tubi persoalan yang abg long aku sendiri yang menjawab, aku hanya menjawap "ok" tetapi perkataan itu pon dia cop aku sebagai kurang ajar, aku hanya diam menahan diri dari segala tumahan yang dilemparkan,.kerana mulut aku,ipar2 aku bergadoh aku tidak memikirkan perasaan org hanya kerana aku minta RM 50 untuk buat makan BBQ pada malam kenduri yang bakal menjelang,cadangan yang aku bt tidak berbincang dgn abg2 yang lain,tiada persetujuan,kenapa benda mudah nak diremehkan?? aku sendiri tidak faham keadaan aku sekarang, kesian pon ada pada diri sendiri,.tuduh aku simpan cite blue dalam laptop dan hp?? kenapa aku nak simpan video tu semua, die kata die tgk dalam laptop aku,... aku rasa laptop aku xpernah abg2 aku tgk, hal FACEBOOK pon jadi isu, aku update status konon aku nk perhatian org, konon aku ada FB aku ramai kawan aku da populer, aku xfaham cara pemikiran die, aku keliru dengan sikap die,aku ada brodband aku punya hp guna bil pon jadi isu kenapa aku pakai tu semua,.aku ni menyusahkan orang ke? siapa yang bayar bil-bil aku semua ni sebenarnya? gaji aku kenapa aku xbeli lauk untuk hantar kt rumah? kenapa perlu aku yang bg lauk kt rumah die? mana tanggungjawap die pada aku?? konon nk ikut faraid?? tp die th ke semua bab agama? tahu ke makna faraid? kata aku ni hidup hanya menyusahkan orang, bodoh, diam tapi kurang ajar,. boleh tya aku solat ke x? aku alhamdulilahh solat dan lepas solat subuh dan magrib aku baca yasin supaya aku dekatkan diri aku pada yang maha kuasa, tapi die kata aku penipu,.. Ya Allah kenapa begini dugaan aku? aku xsangka rupanya abg yang aku boleh buat bergurau, kak ipa yang aku boleh shared masalah rupanya die la yang cerita segalanya,.. dan aku xsangka semua ni aku yang terima, paling aku terkejut die nk kad dan buku bank baki dari duit arwah bonda aku, dan setiap bulan adik beradik bankin untuk masuk tabung kami adik beradik,. Aku bermohon supaya bukakan pintu hati hambamu yang tersepit dari segalanya,... to be continued

Sunday, May 6, 2012

pelik

hummmm pelik aku sekarang ni, rasa makin hari makin menjadi, bila diamkan diri mcm ni pulak jadinya,... hummmm kadang boleh mendatangkan stress dalam jiwa aku,... kenapa la boleh jadi mcm ni erk?? macam mana nk hilangkan stress??hmmmm xsemua hal dalam pejabat aku tahu, tapi orang ingat aku orang pejabat semua hal aku tahu,..arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh stress! xpayah nk sound bagai, g kursus baru 2 kali, xkan la nk soh g jadi juruletih fikir la sikit.. :( mode: bosan

mengimbas hasil kerja pembelajaran aku

al-fatihah

hari ni hari ke 12 bondaku tersayang pergi meninggal kan kami semua,.. tanggal 24.april 2012 beliau telah menghembuskan nafas terakhir di rumah nenekanda(nenek kepada abg ipar) di kluang johor.. permintaan arwah untuk pergi melihat rumah baru nenekanda n sekali gus ingin berurut, rasa sebak dihati ni sampai tidak terkata, hanya bermohon semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman,...terasa sayang nk tinggalkan rumah ni da hampir 23 tahun aku tinggal dirumah ni,..tapi disebabkan aku tiada siapa2 lagi, abg aku mohon aku tinggal bersama die di rumah sewanya dan bersama anak dan isteri dia.. semoga aku dapat sesuaikan diri ditempat baru, dan tiada kisah lama berbangkit InsyaAllah... * Allah sayang kan umatnya, justeru itu dia akan mengambil nyawa insan yang dia sayang supaya tidak seksa didunia ini

Sunday, April 15, 2012

s.t.r.e.s.s

Assalamualaikum..
da lama aku xjejak kaki kt blog ni, nk jejak singgah pon x.. cmfm banyak serawang habuk2,..
kalo aku masuk dalm blog ni mesti aku nk luahkan sesuatu.. aku xde teman rapat sehati yg boleh aku luahkan semua, biarkan aku luahkan di blog aku sendiri, kurg2 aku leh bace semula n MUHASABAH diri aku..
hati aku sekarang sayu pilu, bnyk dugaan yg datang bertalu2 rasa x larat nk tanggung semuanya... tp dgn berkat Allah S.W.T aku cuba untuk kuatkan ati aku,,.

i) bulan ni aku dapat anugerah pekerja terbaik Negeri Johor. tapi ada suara sumbang yg kata anugerah aku kerana aku kuat mengampu. rasa sedih jiwa dgr kata2 tu... Allah je yg th betapa terasa hina org ckp aku mcm tu,.. Sumpah aku xperah nk mengampu orang, aku buat kerja kerana ikhlas, kerana nk jaga nama baik Jabatan.

ii) pasal family yg xpernah abis ada je masalah yg datang 1-1 aku sendiri pon stress mcm nk pecah kepala tunggu masa nk masuk tampoi je la kot, baru aku th selami ni pengorbanan aku tidak dihargai tidak nampak dimata org tua aku, hina ke aku? jijik sangat ke aku?? aku pon ada perasaan yg sama mcm org lain,, dicaci dihina macam da jadi makanan hidup aku, perencah kehidupan... biarpon mcm tu aku tetap tabah dan teruskan kehidupan aku. walupon ati sedih, sebak dan terasa hina aku ttp kuatkan hati untuk hari yang mendatang..

orang selalu nk tunjuk die yg terbaik, tp die silap sebaliknya org yg menunjuk diri die hebat n terbaik ada lah org yg bnyk kelemahan diri, nk menutup kelemahan diri di tampal dgn kehebatan yg org sendiri th lakukan, aku th tanpa die aku tiada didunia, tetapi tanpa aku die xada nak yg tabah dan kecal mcm aku.. ikut hati mati ikut nafsu palsu...

Ya Allah kau ampunkan dosaku dosa kedua ibu bapa ku, kasihila mereka, halal kan segala makan dan minum aku, susu ibu yg memberi aku, berkatilah dan lindungilah kehidupan aku, sebagaimana kau lindungi kesejahteraan diri kau ya Allah.

amin~


Friday, December 16, 2011

kehidupan yang hakiki

Disember datang lagi, bulan yang penuh cabaran buat hamda yang hina, hari demi hari aku sentiasa lakukan yang terbaik buat aku dan family aku, biar pon org kata aku ni pelbagai,.. aku terima semuanya dengan hati yang terbuka.Hanya aku sahaja tahu apa n kenapa aku lakukan itu.

Jangan nk cari salah orang tapi diri sendiri pon sama juga, bukan orang nk cari salah kamu tp kamu dalam bidang berunit perlu ada displin, nk bergurau, nk caki maki orang berpadalah, orang tgk xsedaplah, bila orang tegur bukan bermakna org xsuka @ org marah tp org tgur untuk kebaikan..

Sampai menyampai perkara biasa, kalo xsuka knp ko sendiri lakukan?nak ckp nk sound org tp ko sendiri buat?... aku pon xth apa yg ko xpuas hati sampai orang yg rapat dgn die pon ko nk sound,. ko th ke btl ke berita yg ko terima pasal sampai menyampai tu?. salah org nmpk salah sendiri tutuplah dgn berita sampai menyampai tu kan,.

itulah manusia kalo da bagi rasa jadi ketua tp nk disanjung macam ko lebih berkuasa,. patut pon TUN MAHATHIR kata MELAYU MUDAH LUPA,. mmg benar pon kata2 tu,... payah lah jgn la nk lebih2 bila org da bg kepercayaan, mulut tu coverlah sikit, orang pon ada hati dan perasaan...
ko nk sound org, ko nk ckp org mcm tu org xde kesah, tp bila org sound ckp pasal ko nk melenting.. pelik an kalo difikirkan... cara lah salah orang sebesar mana pon, kalo Allah maha adil die akan tunjuk an semua nya,.. :) semoga kau bahagia,puas, gembira dgn apa ko usahakan untuk memburuk an keadaan... thank

Thursday, November 24, 2011

stress

difficult, if just given the trust to be chief in a small unit, sometimes disgustedermmmmm makes the days so it is not fun to work: (It is not like the pressure of hissituation to haunt me ....

Monday, November 21, 2011

langit xselalu cerah

salam semua...
thanks sudi bace n selalu teman sy kt blog nih,... ermmm hati ni gunah gelana je rasa magrin xhilg2 apa kes pon xth rs minum necafe terlalu pekat kot,.. huhuhu APTB kalo da terminum an,terima aja la.. :) huhhhhhh skrg ni kj pon rs da xbest,, ada kes yg berat melibatkan jabatan. Mungkin kes ni bukan disengajakan tp entah la kan kalo org da ada tabiat buruk kita xleh nk cakap banyak. silap2 kita pulak yg dituduh. ermmmm

tapi bila da buat taik tu ssh pulak nk mengaku, mungkin btl jgk org dulo selalu kata " orang da berak tengah jalan, sapa nk ngaku" sama jgk la kes kt jabatan ni, tp kesian la pada yang jadi "kambing hitam" bukan dia yg lakukan tp kenapa die jadi mangsa keadaan. org yg bt ni mmg xde sifat kemanusiaan langsung an, pandai bt je tp tkt nk terima hukuman. xde hati n perasaan la kot.
ermmmm sabar n berhati2 lah dgn org mcm nih, sifat saling percaya antara 1 sama lain da pudar. so lps ni sendiri mau ingat la kalo org da xpercaya tu apa sbb nya.

skrg ni bt kj rs mcm ada yg memerhati,ada je silap kita org tgk,tp org lain bt ok je an, kita bt mula ada yg sound,mcm die btl sangt bt kj,, arghhhh dunia!! makin hari makin bosan dgn sikap manusia yg terlalu vodo ingat cari kesalahan org laen. shit yaw......

apa2 pon kita kena percaya pada diri kita,. selagi kita mampu kita bt sehabis mampu, cari pengalaman untuk diri kita sendiri insyaAllah Allah selalu bersama hambanya~ amin :)